Vitamin Untuk Kecantikan Kulit


Vitamin untuk Kulit Cantik


Vitamin boleh menjadikan kulit lebih cantik dan berseri kerana vitamin membantu memperbaiki kulit supaya kulit lebih bermaya dan bertenaga. Vitamin boleh diperolehi dari pelbagai sumber pemakanan kita. Untuk meningkatkan kualiti kesihatan sama ada luaran atau dalam, nutrisi harian haruslah cukup. Cara terbaik tentulah dengan pemakanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk mengekalkan pengambilan nutrisi yang sihat setiap hari dek kerana gaya hidup yang serba sibuk dan pemakanan yang tidak cukup kandungan nutrisi. Yelah kan, siapa yang sanggup nak makan 7 biji oren setiap hari untuk kekalkan kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari kan?

Vitamin A



Badan memerlukan antioksidan Vitamin A ini untuk membentuk dan mengekalkan kulit, tisu dan membran di seluruh badan. Vitamin ini membantu untuk menjaga kulit supaya tegang dan melawan pembentukan kedutan. Terdapat satu nutrient di dalam Vitamin A yang dikenali sebagai retinol yang seringkali digunakan sebagai agen di dalam krim-krim anti kedutan. Retinol akan ditemui dalam produk haiwan seperti makanan tenusu dan hati. Beta karotena iatu Vitamin A di dalam tumbuh-tumbuhan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk kulit yang sihat. Beta-karotena boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Semakin cerah dan terang warna buah dan sayur  maka semakin tinggi tahap beta karotena nya. Contoh sayur dan buah yang tinggi beta karotena adalah lobak merah, brokoli, limau, mangga, dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap.

Vitamin E



Vitamin E membantu mencegah kedutan dan penuaan kulit dengan cepat. Vitamin E merupakan vitamin yang penting sebagai antioksidan dalam badan yang boleh menguatkan sistem imun dan melawan radikal bebas yang membahayakan tubuh. Vitamin E boleh membantu dengan penyembuhan luka dan ia boleh mencegah kulit kusam atau kering serta melawan pembentukan jeragat. Vitamin E juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kulit menjadi lebih cantik. Vitamin E boleh didapati dalam pelbagai produk penjagaan kulit, dalam makanan tambahan, minuman dan dalam sumber pemakanan. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk germa gandum, bijirin, sayur-sayuran berdaun, kacang dan benih, buah zaitun dan minyak sayuran.

Vitamin C


Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan cahaya kulit yang sihat. Badan kita memerlukan vitamin ini untuk membina kolagen, iaitu protein yang digunakan untuk membentuk kulit. Kolagen mengekalkan keanjalan kulit serta mengelakkan kedutan dan kulit kendur. Vitamin C membantu untuk meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan. Ia juga berfungsi sebagai antiokdisan, ini  yang mampu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kuli. Vitamin C juga dikelaskan sebagai vitamin penting yang membantu membina dan membaiki tisu di seluruh badan kita Oleh kerana tubuh kita tidak dalam menyimpan Vitamin C, maka, pengambilannya setiap hari amatlah penting. Buah-buahan yang mengandungi jumlah yang kaya termasuk limau, nanas, mangga, tembikai dan buah beri. Sumber sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C termasuk brokoli, sayur-sayuran berdaun hijau, kentang, dan kubis.




Comments